Thursday, 31 December 2015

2 Syarat Qu Puteh Untuk Menaja TRW Jadi Viral

Tags

DISEBALIK kantung kewangan TRW yang kini semakin kecil, baru-baru ini peminat dan penyokong TRW mahukan Datuk Seri Dr Vida pengasas Qu Puteh menjadi salah satu penaja kepada pasukan Kelantan FA yang mana kita tahu beliau juga seorang rakyat KELANTAN. Namun dalam rundingan antara Tan Sri Annuar Musa bersama Datuk Seri Dr Vida, beliau menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi musim baru saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2016.

Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Dr Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Qu Puteh berkata syarat yang dituntut itu bukan saja dapat mengubah wajah pasukan Kelantan, malah yang lebih penting pasukan itu memperoleh suntikan dana untuk mengubah semula kredibilitinya.
Antara penaja yang sedia membantu ialah Vida Beauty Sdn Bhd apabila beliau mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Dr Hasmiza Sabtu lalu bagi merealisasikan permintaan rakyat Kelantan yang mahu melihat pengeluar produk kecantikan `Qu Puteh’ dan jus Pamoga itu menaja pasukan kesayangan mereka.

Mengulas lanjut, Dr Hasmiza berkata walaupun rundingan awal menemui kegagalan, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada KAFA untuk melakukan perbincangan lebih terperinci mengenai penajaan itu. “Dalam pertemuan sebelum ini, kami tidak melakukan rundingan secara serius sebaliknya saya hanya memberi pengenalan saja mengenai tajaan itu. “Bagi saya permintaan KAFA tiada masalah, cuma bila saya tunaikan, mereka perlu memberi ruang kepada saya untuk melakukan sesuatu yang positif kepada pasukan.

“Saya memang terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini memandangkan saya berasal dari Machang, Kelantan. Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,” katanya.

P/S : Semoga segala rundingan penajaan berjalan dengan lancar.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon