Tuesday, 15 December 2015

2 GAMBAR iPhone 6 Plus Tiba-Tiba Meletup Dalam Poket

Tags

SEORANG lelaki yang dikenali Muhammad Asyraf Daud terkejut apabila iphone 6 Plus miliknya tiba-tiba meletup semasa berada di dalam poketnya dan kini menjadi kecoh dan isu di dalam laman sosial terutama sekali di facebook.

Difahamkan, iPhone 6 Plus itu baru saja digunakan selama 11 bulan yang dibeli dari Mac City, Dataran Pahlawan.

"Selepas terdengar bunyi letupan yang agak kuat, saya terasa paha saya panas seperti melecur. Cepat-cepat saya ambil telefon itu dan buang ke jalan raya.

"Pihak Mac City memaklumkan mereka akan menyiasat kejadian itu terlebih dahulu. Jika tiada sebarang keraguan, mereka akan menggantikan set yang baru.

"Namun saya sedikit pun tidak berpuas hati kerana mereka menuduh saya mungkin telah mengubah suai telefon itu yang dibeli sejak awal Februari lalu sedangkan saya tidak pernah membuka telefon itu," katanya.

Sementara itu, para netizen menyarankannya agar memfailkan saman terhadap Apple kerana kejadian itu boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.

Bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat bahawa kes seperti ini adalah jarang berlaku.

"Dari iPhone 2G hingga ke iPhone 6S+, tidak pernah lagi meletup. Panas ada tetapi tahap meletup belum lagi. Barang ciptaan manusia, tiada yang sempurna. Kalau ramai-ramai suruh boikot pun, takkan miskin pun Apple," kata netizen.

P/S : Teknologi kini sangat canggih dan tidak mungkin semua yang dicipta sempurna dan lengkap.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon