Saturday, 14 November 2015

VIDEO : Lelaki Tersangkut Dalam Tempat Cuci Kereta Automatik

Tags

BILA dilihat dalam video agak melucukan tetapi andai kita berada di tempat beliau macam mana rasanya kan kan. SEORANG lelaki yang merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat pencuci kereta automatik telah mengalami detik separa ngeri dalam hidupnya selepas tersangkut di tempat pencuci itu selama beberapa minit.

Josh Hood yang bekerja di Slidell, Louisiana, Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia adalah perkara yang lebih menakutkan daripada apa yang dihadapinya ketika berada dalam perkhidmatan ketenteraan sebelum itu.

Apa-apa pun, Josh dilihat hanya mampu berpusing-pusing beberapa kali sebelum pencuci itu berjaya diberhentikan dan dia juga bernasib baik dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walau bagaimanapun, lucunya rata-rata netizen merasakan video yang tersebar ini adalah sebagai kelakar dan menggelikan hati.
P/S : Semoga lebih berhati-hati di lain hari.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon