Tuesday, 10 November 2015

Tweet Paling Viral Tony Fernandes KLIA 2 'BANJIR'

Tags

KELEMAHAN struktur bangunan KLIA 2 telah dipertikaikan oleh beberapa kumpulan syarikat penerbangan yang ada di lapangan terbang tersebut. Terbaru, CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini berkongsi gambar keadaan di dalam terminal KLIA2 yang mana lantainya diliputi dengan air.

"Banjir dalam KLIA2..Hmmm", tulis Tony Fernandes di akaun Twitter miliknya @tonyfernandes.
Gambar tersebut telah diretweet lebih dari 600 kali bersama-sama dengan kritikan dari netizen.
Namun, sebentar tadi, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) melaui akaun twitternya tampil membalas balik tweet dari Tony Fernandes.

"@tonyfernandes Yang dihormati, lantai basah di skybridge yang disebabkan oleh longkang tersumbat telah diperbetulkan.", tulis MAHB.
Pada tahun lepas, sebuah video viral yang memaparkan banjir di KLIA2 mendatangkan persepsi negatif terhadap kejadian itu.

P/S : Harap pihak MAHB melakukkan tindakan segera agar tidak berulang lagi.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon