Tuesday, 24 November 2015

Tips Mudah Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Muka

Tags

Anda mempunyai masalah parut jerawat di muka? Sudah cuba pelbagai produk tapi kesan jerawat di muka tetap ada. Jadi bagaimana nak hilangkan parut bekas jerawat pada wajah? Ramai yang tercari-cari cara untuk hilangkan parut jerawat ni, tak kira lah parut bekas jerawat atau disebabkan punca lain contohnya masa tengah ber'facebook' sambil berjalan dengan pasangan tiba-tiba terlanggar pokok terlekat la parut kenangan di wajah.

Itu contoh je jangan la pula anda pergi maki pokok tu sebab dia tak salah pun yang salah anda pergi langgar pokok tu kenapa?.. sebab syok sangat ber'facebook' sampai tak tengok jalan. EHEM.

Banyak cara nak hilangkan jerawat dengan mudah sebenarnya. Zaman sekarang teknologi semakin canggih jadi tak mustahil parut jerawat untuk dihilangkan. Caranya ialah guna teknik sinar laser. Mak ai, laser you! Memang canggih betul, tapi rawatan tu kena lah buat beberapa kali dan bukannya sekali tembak terus hilang mesti perlu ikut prosedurnya juga bukan?.. Caranya baca artikel selanjutnya dibawah:

Jadi bagi mereka tak mampu nak cuba kaedah canggih-manggih tuh, meh sini Am nak kongsi petua tradisional untuk hilangkan parut. InsyaAllah, berkat tawakal dan usaha parut tu boleh hilang. Ini petua-petua orang dahulu dan Am sendiri pun menggunakan nya juga tapi bukan untuk jerawat la muka i licin okey!. Untuk hilangkan parut jatuh basikal zaman kecil-kecil kalau tak nakal jangan panggil zaman kecil. Macam la tak biasa entah-entah korang lagi ganas lagi masa zaman tu kot. Haha

Disarankan berhati-hati tau.. bagi mereka yg ada allergy atau alahan pada bahan-bahan tertentu seeloknya jangan dicuba, takut-takut parut tak pulih tapi makin memudaratkan pula minta simpang lah semua tu..

Petua untuk menghilangkan parut

Petua parut No.1
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kendian campur serbuk kayu manis tuh dengan bedak sejuk. Jangan lupa pulak untuk tambah air. Bila dah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua nie juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam kat muka kita.
Petua hilangkan parut No.2
Kaedah nie lebih natural tapi susah sikit sebab nak cari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
Petua menghilangkan parut No.3
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
P/S : Selamat mencuba guysss..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon