Saturday, 14 November 2015

Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2016

Tags

UMUM yang kita tahu kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk membantu orang-orang yang tidak berkemampuan untuk menampung kehidupan seharian. BR1M adalah satu bonus untuk rakyat Malaysia untuk dinikmati dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Pembayaran BRIM telah dinaikkan manakala satu lagi kategori baharu telah diperkenalkan. Dalam kategori baharu BR1M, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, BR1M dinaikkan daripada RM950 kepada RM1000.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM750 kepada RM800. BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan. Pembayaran BR1M 2016 akan dibayar secara ansuran tiga kali berturut.

Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Pendatapan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016
P/S : Semoga perkongsian ini dapat memudahkan segalanya..Orang memberi kita menerima.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon