Sunday, 22 November 2015

Remaja Hasilkan Video Berdurasi 7 Minit Bernilai RM 1.7 Juta

Tags

SUSAH untuk kita percaya akan ganjaran yang diterima seorang lelaki yang baru sahaja berumur 18 tahun telah dapat menjana sejumlah wang yang besar. Mempunyai masalah untuk hadam 'Theory of Relativity' yang dihasilkan Einstein? Tidak dapat memahami mengapa pelancong angkasa mengalami laluan masa yang berbeza? Mungkin penjelasan 7 minit oleh remaja ini akan menjelaskan sedikit perkara ini untuk anda.

Video Ryan Chester, remaja berusia 18 tahun ini telah memenangi Breakthrough Junior Challenge yang telah dianugerahkan pada pertandingan Breakthrough di Silicon Valley.

Penjelasan video Teori relativiti Einstein, yang ditulis, difilemkan dan disunting oleh Ryan sendiri telah memenangi pertandingan ini dimana beliau telah menerima US$400,000 bersamaan RM 1.7 Juta sebagai habuan keseluruhannya. US$250,000 dalam bentuk biasiswa pembelajarannya, US$50,000 kepada gurunya Richard Nestoff dan US$100,000 untuk sekolahnya untuk pembiayaan makmal sains. Lihat video di bawah.
P/S : Nice Job...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon