Sunday, 1 November 2015

Punca Sebenar Subsidi Beras Kerajaan Dimansuhkan

Tags

Berita kurang enak yang diterima oleh rakyat dimana subsidi beras yang diberi kerajaan telah ditarik balik dan dimansuhkan. Beras Super Tempatan (kadar 15% hancur) adalah beras yang disubsidikan oleh kerajaan namun dimansuhkan berkuatkuasa mulai 31 Disember 2015. Untuk info, beras ini adalah beras harga mampu milik khusus untuk golongan yang kurang berkemampuan atau miskin.

Rakyat di Malaysia kebanyakkannya memakan beras kadar hancur 5 peratus manakala golongan miskin makan beras pada kadar 15 peratus. Dengan penarikan subsidi beras tersebut, harga beras subsidi ini kembali pada harga asal RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.

Punca Sebenar Subsidi Beras Kerajaan Dimansuhkan

Kerjaan menarik semula subsidi beras ini kerana ianya telah disalah gunakan. Contohnya beras ST15 yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah, tetapi didapati boleh dibeli oleh bukan warga negara. Ada juga laporan mendapati ada tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan.

Pekeliling Rasmi Subsidi Beras Dimansuhkan Ditarik Balik

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon