Friday, 20 November 2015

Lelaki Berani Bawa Mesej Islam Di Bandar Kota Paris

Tags

DEMI menuntut keadilan seorang lelaki islam memberanikan diri untuk berhadapan dengan rakyat perancis dengan melakukan satu mesej yang sangat menyentuh hati dan perasaan di kalangan orang-orang yang mendiami kota paris tersebut.

Susulan serangan bom dan tembakan di Paris, pemimpin-pemimpin negara barat pantas mengambil kesempatan menyebarkan propaganda dengan melabelkan islam sebagai pengganas.

Serangan propaganda ini memberi kesan yang sangat besar dan memberikan tekanan kepada umat Islam di barat. Bagi menjelaskan dan memperbaiki imej Islam di mata warga Paris, lelaki ini mengambil inisiatif tersendiri untuk memperbetulkan keadaan.

Lelaki ini berdiri di tengah-tengah bandar Paris dengan menutup mata, membawa mesej kepada orang ramai "Hug me if you trust me, I'm told I'm a terrorist"(Jika kamu percaya saya, berikan satu pelukan, mereka mengatakan saya pengganas). 

 Apa yang berlaku selepas itu sangat mengejutkan apabila satu persatu warga Paris datang memeluknya sambil ada yang mengalirkan air mata. Lelaki itu kemudian memberitahu orang ramai apa itu Islam. Islam bukan pengganas, kerana agama Islam menghalang pengikutnya melakukan keganasan. Saksikan video tersebut yang telah mendapat lebih 18 juta tontonan:
BLINDFOLD MUSLIM HUG

"Hug me if you trust me, I'm told I'm a terrorist", –Muslim man opens his arms to Parisians#Paris #PlacedelaRepublique #ParisAttacks #Islamophobia #MuslimsAreNotTerrorists

Posted by In the NOW on Monday, November 16, 2015
P/S : Kagum dengan apa yang dilakukan pada lelaki ini tapi kesalahan padanya kerana meminta dipeluk.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon