Monday, 16 November 2015

Kenyataan Datuk Sri Dr. Zahid Hamidi Yang Sangat Pedas Untuk Rakyat

Tags

Seperti yang kita tahu, Malaysia kini mengalami kemerosotan ekonomi yang sangat teruk di dalam pemerintahan yang diketuai Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib. Dengan pelaksanaan GST ramai yang tidak berpuas hati dengan cukai yang keterlaluan buat rakyat berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri menggesa rakyat berwaspada terhadap golongan yang cuba mencabar kredibiliti sistem kerajaan dan mempertikaikan kedaulatan undang-undang negara.

Menurutnya golongan itu berusaha melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan institusi kerajaan sedia ada termasuk sistem perundangan dan kehakiman, sistem pilihan raya dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan cuba memberi gambaran buruk keputusan kerajaan dengan mewujudkan persepsi negatif.

"Golongan ini menggunakan media alternatif yang terlalu sukar untuk diambil tindakan kerana sebahagiannya menggunakan pangkalan serangan (siber) dari luar negara, dan mereka bebas menyerang kerajaan.

"Dengan mekanisme begini mereka boleh mempengaruhi rakyat menentang kerajaan seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah yang mereka namakan 'Arab Spring'. Rakyat harus faham dengan agenda besar iaitu matlamat menghalalkan cara ini," katanya ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata perangkap yang dipasang itu dikhuatiri akan berjaya sekiranya rakyat tidak peka dan tidak cuba memahami agenda besar mereka.

"Hanya perpaduan rakyat sahaja yang boleh menjadi benteng serangan ini," katanya.

Beliau turut mengagihkan bantuan kepada 250 orang miskin dan mengumumkan pelaksanaan projek kecil kepentingan rakyat di kampung berkenaan. - Bernama

P/S : Macam mana orang tak marah kalau sumber dan duit entah lesap kemana.

Sumber Asal

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon