Thursday, 26 November 2015

Kemaskini Permohonan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online

Tags

UPDATE terkini Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM. Kegagalan pemohon untuk kemaskini permohonan BR1M akan menyebabkan pemohon gagal untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Seperti yang telah dibentangkan dalam bajet 2016, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M adalah RM800. Manakala BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM400. Berikut adalah panduan atau cara kemaskini borang permohonan BR1M 2016.

Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online
https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Pengumuman Terkini: Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.

Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2016
Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016
Sumber : melvister.com

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon