Monday, 23 November 2015

Gambar Pulau Peribadi Yang Menjadi Idaman

Tags

Mungkin anda inginkan ketenangan seperti ini yang sangat jauh dengan kawasan bandar.THE KOKOMO AILAND adalah pulau peribadi buatan manusia yang mudah alih dan futuristik. Panjangnya mencecah 117 meter dengan beam 78 meter dan draught 20.5 meter hingga 9.7 meter.

Daripada karakter, pulau ini sesuatu yang berbaloi untuk dipertimbangkan. Menariknya, perkhidmatan tempahan pulau peribadi yang disediakan oleh Migaloo ini membenarkan pelanggan memilih model pulau sedia ada atau menempah pulau yang diubahsuai mengikut citarasa sendiri dari segi saiz, bentuk dan kemudahan.

Pulau ini turut didatangkan dengan pelbagai kemudahan merangkumi kolam renang, taman, penthouse, spa, air terjun, pawagam , gimnasium, salon, lif, lapangan helikopter dan lain-lain. Segala kemudahan boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan.
Bagaimana dengan harga? Kata wakil Migaloo, “harga pulau bergantung pada kemudahan yang diinginkan pelanggan”.
P/S: Nice place...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon