Thursday, 12 November 2015

Gambar Permata 'Blue Moon' Paling Mahal Di Dunia Dijual Dengan Harga RM 208 Juta

Tags

PERMATA adalah satu daya penarik bagi wanita untuk memakai dan mempunyai nilai tersendiri dengan bentuk dan juga warna permata tersebut. Seorang jutawan dari Hong Kong menghabiskan wangnya sebanyak AS$48.4juta (RM208.12 juta) dalam satu lelongan di Geneva demi mendapatkan sebentuk permata yang bakal dihadiahkan kepada anak perempuannya berusia 7 tahun.

Menurut laporan dari portal Guardian, Joseph Lau Taikun hartanah dari Hong Kong itu menamakan permata yang dibeli beliau dengan nama "The Blue Moon of Josephine".

Sehari sebelum rekod ini tercipta, sebuah firma lelongan Christie menjual permata merah jambu 16.08 karat dengan nilai lelongan AS$28.5juta(RM122.55juta)
Penjualan "Blue Moon" merupakan sebuah rekod terbaru yang dicatatkan sekaligus menenggelamkan rekod lelongan termahal yang dicacatkan sebelum ini iaitu lelongan permata "Graff Pink" 24.78 karat yang dijual pada harga AS$46.2juta pada tahun 2010.

Ini bukan kali pertama taikun hartanah tersebut membelikan permata, malah pada tahun 2009 beliau menghabiskan sejumlah AS$9.5juta semata-semata untuk mendapatkan sebentuk berlian yang dinamakan "Star Of Josephine".
Setiap berlian yang dibeli diletakkan nama Josephine bersempena nama anak perempuannya yang berusia 7 tahun itu.

Blue Moon ditemui di Afrika pada januari 2014, ia sebentuk permata yang dianggap sempurna dan tiada cacat celanya.

P/S : Sangat menarik sepadan dengan harga...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon