Friday, 13 November 2015

Foto Perkahwinan Dalam Hujan Yang Menakjubkan Jadi Perhatian

Tags

PERKAHWINAN terjadi sekali dalam seumur hidup dan mungkin anda mahu gambar untuk mengukir kenangan bersama-sama insan tersayang. Disini malaysiaviralstory kongsikan gambar yang sangat menarik dimana gambar yang diambil semasa hujan yang menampakkan suatu yang indah.

Semuanya berlaku dek kerana cuaca mendung pada majlis perkahwinan Jessica Gower dan suaminya Nick Gower.

Gambar yang diambil dalam keadaan hujan itu menghasilkan suatu gambaran yang menakjubkan dan mendapat perhatian seluruh warga maya apabila gambar perkahwinan mereka dimuatnaik oleh Stewart, jurugambar yang merakam detik perkahwinan itu.
Menurut stewart yang merakam gambar pasangan pengantin ini di sebuah lokasi di Southern Highlands, beliau hanya memeperuntukkan masa 30 saat untuk mendapatkan 'shoot' yang menakjubkan itu.

Setelah 5 kali percubaan, maka Stewart menghasilkan suatu suasana yang benar-benar menarik dan sempurna.

Gambar yang dimuatnaik oleh Stewart kini viral di Facebook dengan perkongsian melebihi 10,000 pengguna maya.

P/S : Nice shoot....

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon