Thursday, 26 November 2015

Cara Mudah Memasang Kata Laluan Pada WhatsApp Anda

Tags

GADJET telefon kini tidak boleh dipisahkan oleh manusia dimana sentiasa berada di tangan setiap masa. Aplikasi yang paling popular dan paling kerap digunakan di telefon adalah WhatsApp yang mana kita tahu memudahkan kita berhubung antara satu sama lain. Aplikasi WhatsApp tidak mempunyai sistem kata laluan atau ciri-ciri keselamatan seperti itu yang dibina ke dalam aplikasi tersebut. Disini malaysiaviralstory kongsikan cara mudah untuk memasang password @ kata laluan pada aplikasi tersebut.

Sekiranya perlu untuk meletakkan kunci kata laluan pada mana-mana aplikasi pada sesebuah telefon pintar, terdapat banyak aplikasi berfungsi mengunci apa-apa aplikasi dengan kata laluan di laman web Google Play.

Namun begitu, ada satu aplikasi yang seumpama itu yang boleh digunakan khusus untuk aplikasi WhatsApp iaitu aplikasi WhatsApp Lock.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk telefon pintar berasaskan sistem Android di laman web Android Store Play.

Oleh kerana tiada pilihan keselamatan di aplikasi WhatsApp, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan untuk melindungi perbualan menerusi aplikasi ini adalah bergantung kepada mana-mana aplikasi kunci dengan kata laluan oleh pihak ketiga.

Aplikasi WhatsApp Lock ini menambah satu bentuk perlindungan yang penting bagi mesej dalam aplikasi WhatsApp ini.

Anda boleh menggunakannya untuk melindungi atau mengunci perbualan dalam aplikasi WhatsApp dengan nombor Nombor Pengenalan Persendirian (PIN) empat angka.

Perlu diingatkan, setelah pemasangan aplikasi WhatsApp Lock dibuat, aplikasi ini agak sukar untuk dinyah pasangkan secara biasa.

Apabila memulakan aplikasi WhatsApp Lock buat kali pertama selepas ia telah dipasang, anda akan digesa untuk memilih nombor PIN sebanyak empat angka dan seterusnya perlu mengesahkan nombor PIN tersebut.

Nombor PIN ini berfungsi seperti mana kata laluan untuk melindungi aplikasi WhatsApp daripada dibuka oleh orang lain tanpa kebenaran empunya telefon pintar tersebut.

Apabila seseorang mencuba untuk membuka aplikasi WhatsApp, ia akan memaparkan satu kotak dialog untuk kemasukkan nombor PIN.

Secara lalainya selepas pemasangan aplikasi WhatsApp ini, aplikasi ini terus dikunci sekiranya dibiarkan dalam satu jangka masa.

Walau bagaimana pun, fungsi ini boleh disetkan mengikut masa tertentu yang sesuai.

Antara aplikasi lain yang boleh digunakan adalah seperti aplikasi AppLock, Lock For WhatsApp, Chat Lock dan lain-lain.

P/S : Semoga memberi manfaat pada anda semua =)

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon