Monday, 16 November 2015

Bir Halal Bakal Dinikmati Di Malaysia

Tags

ADAKAH pengasas yang mengeluarkan produk ini telah berfikir panjang untuk meletakkan nama atau memberi nama kepada minuman seperti ini yang boleh menimbulkan fitnah dari masyarakat yang melihat. Mungkin akan banyak timbul isu fitnah berleluasa jika kita tidak mengubahnya. Kemajuan teknologi moden kini mampu menghasilkan Bir tanpa Alkohol dan Bir tersebut telah dipanggil sebagai 'Bir Halal'.

Berikutan kontroversi itu, pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata bersetuju produk sedemikian rupa tidak seharusnya diperkenalkan di negara Islam seperti Malaysia.

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud:
KENAPA PERLU PANGGIL ARAK? TAK SESUAI.

Betul betul mengelirukan Umat Islam. Kalau tiada alkohol macam Ribena, panggil sahajalah nama produk. Cukuplah dengan nama Root Bir yang kadangkala mengelirukan masyarakat.

Memandangkan pembotolan pula hampir menyerupai packing arak beralkohol ( Carlsberg, Anchor Beer dsb ), kita kena bertindak segera untuk jangka panjang.

Esok esok bila anak muda beli bir dijalanan, togok Carlsberg, Jolly Shandy, Anchor Beer, Tiger Beer, kita susah nak bezakan dan akhirnya menjadi tidak kisah sebab sangkakan arak halal.

Malaysia negara Islam walaupun sekular. Kita mencorakkan sistem agar menjadi lebih baik. Jangan beri Allah murka. Padah jawabnya. Segala tindakan di dunia dipersoalkan diakhirat kelak.
P/S : Xfaham dengan undang-undang sedia ada kat Malaysia nie...Benda Haram dijadikan Halal, Benda Halal dijadikan Haram....

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon