Thursday, 5 November 2015

Anjing Ini Menyelamatkan Seorang Bayi Yang Dibuang Dalam Tong Sampah

Tags

YA ALLAH !!! Seekor anjing yang tidak ada akal fikiran pun tahu apa yang baik dan juga apa yang buruk mungkin manusia kini sekejam ini dimana dunia sudah masuk fasa akhir menuju hari kiamat.

VIRAL di media sosial ketika ini sekeping gambar yang menunjukkan seekor anjing membawa bayi yang baru lahir ke rumah berdekatan. Dikhabarkan kejadian itu berlaku di Arab Saudi dan bayi itu telah dibuang oleh manusia yang tidak berhati perut.

Penghuni rumah yang terkejut dengan kejadian itu segera membawa bayi itu ke hospital setelah diselamatkan oleh anjing berkenaan.

Namun, akhbar Arab Saudi, Sada, yang menerbitkan berita tersebut tidak menjelaskan di mana insiden ini terjadi tetapi laporan mengesahkan nyawa bayi itu selamat selepas menerima rawatan di hospital berdekatan.

“Bayi malang itu telah dibuang dalam tong sampah sebelum diselamatkan oleh anjing yang sedang menyelongkar untuk mencari makanan,” lapor akhbar tersebut.

Tidak dinyatakan adakah bayi itu hasil dari hubungan haram atau bukan,tetapi yang pastinya Netizen amat terharu dan tersentuh dengan perbuatan anjing ini.

P/S : Moga manusia kembali ke jalan yang benar dan tidak melakukan perkara seperti ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon