Saturday, 7 November 2015

Anak Najib Sokong Vape Tidak Boleh Diharamkan

VAPE kini telah diharamkan di negara Malaysia dimana menyalahi undang-undang negara. Namun segelintir masyarakat tidak berpuas hati akan tindakan yang diambil oleh pihak berwajib keatas rokok elektronik ini yang seperti mana kita tahu boleh menghilangkan ketagihan merokok dan juga boleh menidakkan gejala merokok. Disini satu kenyataan yang dilemparkan sendiri oleh anak PERDANA MENTERI MALAYSIA kepada pihak berwajib keatas tindakan meng'HARAM'kan VAPE.

Anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib dalam satu kenyataan memberi sokongan terhadap industri vape dan berharap ia tidak diharamkan dinegara ini.

Mohd Nazifuddin Menerusi kenyataannya di Facebook pada Rabu lalu berkata, beliau secara peribadi menganggap industri vape memberi impak yang baik untuk negara.

Pada 30 Oktober lalu kabinet mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam mencadangkan agar pengharaman penggunaan vape.

"Saya berharap industri ini (vape) akan terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju sekiranya penggunaan vape diharamkan.

"Banyak produk vape yang terbaik datang daripada usahawan muda tempatan yang ada kreativiti dan inovasi,jadi saya akan beri galakan kepada mereka," katanya menerusi entri di Facebooknya.

P/S : Rata-rata dan majoriti yang menjual alat VAPE adalah MELAYU, tapi adakah ini tanda sokongan rakyat MELAYU untuk berniaga dalam industri ini? Banyak lagi benda yang boleh diharamkan selain VAPE terutama sekali Kilang Arak, Kilang Kondom, Kilang Rokok, Tempat perjudian, Kelab Malam dan lain-lain. Semakin hari terasa seperti MELAYU tindas MELAYU...Malaysiakah ini?

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon