Friday, 20 November 2015

8 GAMBAR Perkahwinan Shukri Yahaya Dan Tya Adnan

Tags

SEKALUNG tahniah pada pengantin baru yang baru sahaja diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz pelakon Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 3.36 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.

Shukri menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunkan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.

Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.
Tya pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.

Lima tahun menyulam cinta sebelum bersatu sebagai suami isteri, Tya menyifatkan karakter Shukri yang lucu membuatkan beliau tertarik dan merasa selesa dengan suaminya itu.

Majlis resepsi perkahwinan Shukri dan Tya pula akan diadakan esok di di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.

Beberapa Foto Perkahwinan Shukri Yahaya dan Tya Adnan

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon