Sunday, 25 October 2015

Tips Dan Cara Mudah Lebatkan Bulu Kening

Tags

Jika tiada bulu kening pasti nampak keburukannya, disini kami ingin kongsikan petua lebatkan bulu kening semudah A,B,C untuk pembaca malaysiaviralstory.

Kening seperti Cara Delevingne, Emma Watson, Lily Collins antara kening yang menjadi pilihan ramai wanita hari ini. Selain menggunakan alatan eyebrows pencil, ada beberapa secara semulajadi anda boleh cuba bagi mendapatkan kening yang tebal seperti mereka.

Ini adalah cara mudah untuk lebatkan bulu kening anda :-

Minyak Kelapa- Untuk mendapatkan kening penuh berani dan tebal, anda boleh menggunakan minyak kelapa. Ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakan pertumbuhan bulu kening yang tebal. Caranya dengan menyapu terus ke kening dan biarkan semalaman.

Vaseline- Vaseline atau jeli petroleum berkesan untuk membuat kening anda tebal. Sapukan bahagian kecil di kening anda 3 hingga 4 kali sehari dan anda boleh lihat hasil yang positif dalam tempoh 3 bulan.

Urut- Mengurut kening adalah cara yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.

Vitamin B & D- Ini penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman dan penampilan fizikal anda. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Ia akan membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.

Minum Air - Air adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membantu membuanh semua bahan toksik daripada tubub anda melalui air kencing. Mula minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini akan meningkatkan sistem badan dan meningkatkan pertumbuhan bulu kening.

ELAKKAN: Losyen dan over-plucking. Apabila anda menyapu krim atau losyen di wajah, kalau boleh elakkan dari terkena di kening. Hal ini kerana bahan kimia pada losyen/krim boleh merosakkan folikel bulu kening dan menghentikan pertumbuhan.

P/S : Selamat mencuba ^_^

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon