Tuesday, 27 October 2015

Tips Berkesan Atasi Kedutan Di Bawah Mata

Tags

Mungkin anda malu untuk berhadapan dengan masyarakat di luar sana kerana banyak kedutan di bawah mata. Disini kami kongsikan tips berkesan untuk anda semua atasi kedutan tersebut dengan semudah ABC.

KULIT yang berada di bawah kawasan mata memang cenderung nipis. Oleh itu, kulit di kawasan tersebut sangat terdedah untuk mengalami kedutan.

Kedutan pada kulit umumnya disebabkan oleh merokok, pendedahan kepada sinar matahari, kulit kering, kurangnya waktu tidur, hingga penuaan. Ada pelbagai cara untuk mengatasi kedutan di bawah mata, salah satunya dengan bahan-bahan semula jadi. Tidak percaya?
1. Nenas
Enzim bromelain yang terkandung pada buah nenas dipercayai dapat mencegah kedutan. Ambil beberapa sudu jus nenas, kemudian aplikasikan pada kulit di bawah mata. Bilas jika sudah 15 minit.
2. Timun
Timun mempunyai banyak kegunaan untuk kecantikan wajah. Di antaranya, melembapkan kawasan kulit di bawah mata, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata, serta pigmentasi. Caranya, cukup letakkan potongan buah mentimun pada mata dan biarkan beberapa minit.
3. Minyak zaitun
Aplikasikan minyak zaitun di bawah mata, biarkan sejenak. Kemudian, bilas. Minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kedutan.
4. Putih telur
Putih telur popular kerana kegunaannya untuk mengetatkan kulit. Tidak hanya itu, putih telur juga boleh mengurangkan kedutan. Cukup aplikasikan putih telur di bawah mata dan bilas dengan air bila sudah kering.
5. Jambu batu
Jambu batu merupakan salah satu buah yang berkhasiat untuk mencegah kedutan di bawah mata. Cubalah buat masker dari buah jambu batu ini, aplikasikan, kemudian biarkan selama 15 minit.
P/S : Selamat mencuba di rumah anda..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon