Friday, 23 October 2015

Pembentangan Bajet 2016 Dicemari Dengan Plakad "Mana RM 2.6 Bilion ?"

Tags

Berita yang kurang senang untuk pihak kerajaan yang sedang memerintah negara Malaysia pada hari ini. Sesi pembentangan Bajet 2016 berakhir dengan kekecohan yang dicetuskan Ahli Parlimen pembangkang berhubung isu dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kekecohan tercetus apabila kesemua wakil rakyat pembangkang bangun sambil memegang plakad ‘Mana RM2.6 Bilion?’ sejurus selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya.

Melihat kepada susana berkenaan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghentikan kekecohan tersebut dengan meminta semua wakil rakyat pembangkang duduk.
“Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah…sudahlah. Tolong duduk…duduk,” katanya.
Bagaimanapun arahan Pandikar Amin itu tidak dihiraukan dan berlarutan sehingga hampir tiga minit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Najib adalah sumbangan penderma.

P/S : Antara sebab ia dipertikai kerana jumlah wang tersebut adalah sangat besar. Siapalah yang baik hati sangat sanggup dermakan sebanyak tuh. Mohon mengaku kesian pada Perdana Menteri Malaysia...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon