Wednesday, 21 October 2015

Malaysia Bakal Landa Jerebu Kuning ?

Tags

Dengan jerebu semakin menjadi akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab dari negara jiran iaitu Indonesia. Malaysia terkena tempias akibat pembakaran hutan mengakibatkan jerebu semakin teruk dan mencatatkan bacaan pada kadar yang lebih tinggi di satu-satu tempat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan kewujudan fenomena 'jerebu kuning' seperti yang tersebar di media sosial.
Dalam kenyataan semalam, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.

Petikan dari Jabatan Alam Sekitar

"Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).

"Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning," menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.
JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama -- habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.

P/S : Semoga Indonesia cepat menangani isu jerebu yang semakin teruk ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon