Thursday, 15 October 2015

Laporan Bedah Siasat Mayat Juruterbang MH 17 Yang Memilukan

Tags

Disebaliknya kedukaan dan kesedihan yang menjadi tanda tanya ahli keluarga siapakah dalang yang telah menembak jatuh kapal terbang milik MAS iaitu MH17. Malaysiaviralstory disini selitkan satu laporan bedah siasat mayat salah seorang juruterbang yang berada diatas kapal terbang tersebut.

Sebetulnya saya agak keberatan untuk menulis tentang perkara ini, tetapi memandangkan laporan terakhir siasatan nahas ini sudah menjadi dokumen umum, saya rasa terpanggil untuk kita kongsikan bersama. Tujuannya hanya satu, saya ingin memberitahu dunia betapa kejamnya mereka yang menembak pesawat kita itu hingga membunuh mereka yang tidak berdosa di dalamnya.

Laporan bedah siasat ke atas juruterbang dan pembantu saja sudah cukup memilukan. Untuk rekod, ada dua team juruterbang dalam pesawat MH17 iaitu team A dan team B. Tak perlulah saya perincikan nama krew dalam team A dan team B itu tetapi cuba anda baca rumusan pakar forensik yang menjalankan kerja post mortem terhadap jenazah mereka.

Bayangkan, terdapat beratus serpihan logam/besi yang menembusi tubuh mereka hingga menyebabkan kesemua mereka yang berada di dalam kokpit terbunuh. Kejam, sangat kejam! Saya ada sertakan foto serpihan yang dimaksudkan. Bayangkan kesengsaraan yang ditempuh mereka akibat dari perbuatan jenayah yang cukup zalim ini.

Lihat saja gambar kokpit pesawat Boeing 777-200ER yang 'dicantumkan' kembali kesan dari nahas dan contoh kokpit pesawat pesawat dari jenis yang sama. Itu saja sudah cukup menggambarkan betapa tragisnya insiden yang menimpa pesawat MH17 ini.
Semoga mereka yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan walaupun realitinya - ia sukar dan tidak semudah seperti yang kita rasakan.
‪#‎mh17‬

P/S : Semoga keadilan dituntut dengan segera..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon