Tuesday, 20 October 2015

Kisah Seram Pengalaman Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2)

Tags

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca malaysiaviralstory. Disebalik banyak kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya pantai timur fasa 2 ini penulis tertarik untuk berkongsi cerita atau kisah yang melibatkan jalan highway tersebut yang sehingga hari ini mencatat kematian dan meragut nyawa pengguna jalan raya dimana mencecah ke angka 100 orang.

Lebuhraya pantai timur fasa 2 (LPT 2) sepanjang 184km dari Jabor ke Kuala Terengganu adalah sambungan dari LPT fasa 1 dari Kuantan ke Karak (169km). Lebuhraya ini dibuka secara berperingkat sehingga siap dan dibuka sepenuhnya pada awal 2015.

Sejak awal pembinaan sehinggalah ke pembukaan sepenuhnya LPT fasa 2 ini banyak cerita-cerita yang berunsur mistik dan dikaitkan dengan alam ghaib kedengaran berlaku di sini. Menariknya, peristwa-peristiwa yang berlaku kebanyakannya terjadi di ‘area’ yang sama antaranya :-

– RNR ajil
– Antara susur Bukit Besi dan Susur Ajil
– RNR Perasing
– Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi

Al-Kisah..

Aku sendiri sebagai seorang yang selalu berulang-alik antara Paka dan Kuala Terengganu sebenarnya amat jarang menggunakan lebuhraya ni sebab jarak lebuhraya dari Paka ke Kuala Terengganu sebenarnya lebih jauh berbanding jalan pantai sebab tempat tujuan aku di Kuala Terengganu agak jauh dari susur keluar untuk kawasan tu. Kalau dari Kuala Lumpur atau ke Kuala Lumpur barulah berbaloi untuk gunakan LPT 2 ni sebab menjimatkan masa dari 6 jam ke 4 jam perjalanan. Alhamdulillah , setakat ni aku belum pernah mengalami apa-apa kejadian mistik atau misteri sepanjang menggunakan LPT 2.

Ramai sahabat-sahabat aku yang selalu menggunakan LPT 2 untuk urusan ke Kuala Lumpur atau pulang ke rumah keluarga atau berulang-alik ke Kuala Terengganu. Ada di antara mereka yang mengalami sendiri kejadian aneh, mistik dan misteri. Bacaan seterusnya agak menyeramkan terutamanya jika anda sedang memandu sendirian di LPT 2 di waktu malam gelap gelita.
Cerita Pertama
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : awal 2014
Waktu : 12.00 Tengah malam – 1.00 pagi

“Aku dari KL nak balik ke Kuala Terengganu, naik LPT , exit di Jabor lepas tu naik balik highway kat Paka. Lepas dalam 2 KM aku macam perasan ada sesuatu kat tepi kereta aku. Bila aku toleh ke kanan, nampaklah satu lembaga putih terbang kat tepi cermin kereta aku. Aku pun bacalah ayat kursi, pasang CD Al-Quran dan elakkan dari panik, terus drive ke depan. Sampailah kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun makhluk tu hilang. Waktu tu anak dan isteri aku semua tidur, memang aku tak kejutkan diorang takut diorang histeria.”
Cerita Kedua
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : Pertengahan 2014
Waktu : Antara 11.00 malam ke 12.00 tengah malam

“Aku dari GPP2 nak balik ke Kuala Terengganu, masa tu shutdown jadi memang terpaksa balik lewat. Aku naik highway kat exit Paka, mulanya takde apa-apa lepas tu aku terpandang kat cermin pandang belakang, ada makhluk macam kain putih terbang belakang kereta aku. Aku pun tengok balik betul-betul, confirm memang ada yang mengikut. Aku tekan minyak, lagi laju dia kejar. Aku terus drive sampai kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun, makhluk tu terus hilang. Betullah orang tua-tua cakap, sungai ni sempadan makhluk nampak dan makhluk tak nampak”
Cerita Ketiga
Lokasi : RNR perasing
Tarikh ; Awal 2015
Waktu kejadian : 3.00 – 4.00 pagi

“Aku nak ke Temerloh dari Kuala Terengganu, sampai di RNR Perasing rasa nak kencing, aku pun singgahla kat Perasing tu. Time tu takde kereta lain pun kat situ. Cuaca masa tu, baik je. Takde ribut, takde angin kuat. Masa aku lalu kat tepi taman permainan, aku nampak ada satu buaian berayun-ayun tapi aku tak layan sebab rasa nak kencing tak tertahan. Selesai qada hajat, aku lalu balik kat taman tu, buaian tu masih lagi berayun-ayun. Yang peliknya masa tu aku tak rase pun angin.” Sahabat ni seorang Hafiz Al-Quran jadi dia memang jenis kuat iman. Setakat usik-usik manja camni dia buat dek je.
Cerita Keempat
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Julai 2015
Waktu kejadian : 10.00 malam – 12.00 tengah malam

“Aku dengan kawan on the way balik ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami lancar je tanpa sebarang gangguan. Sampai je dekat area Jerangau, tiba-tiba aku nampak macam ada lori treler melintang tengah jalan. Aku pun apa lagi, brek la. Nasib baik takde apa-apa kat belakang. Elok je kereta kitorang slow down, lori tu tiba-tiba hilang. Aku pandang kawan aku kat sebelah, dia pandang aku. Aku pun cakap, syyhh nanti kita cerita. Pasang Al-Quran , teruskan perjalanan tanpa sepatah bicara”
Cerita Kelima
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Ogos 2015
Waktu kejadian : 1.00 pagi – 2.00 pagi

“Aku dengan budak aku on the way dari Paka nak ke workshop di Bukit Payong. Kami terpaksa balik sebab stok ducting dah habis. Sampai dekat area Jerangau aku potong satu kereta ni. Lepas tu tiba-tiba kereta tu ada balik depan kitorang. Aku pun tekan minyak nak potong balik kereta tu, sampai je dekat kereta tu, kereta tu terus hilang. Yang budak aku ni, buat mulut celupar boleh pulak dia cakap kat aku, “bos, mana kereta tadi. Ahh sudah. Hantu tu. Kita dah kena ni. Hantu tu.” aku terus cakap kat dia , diamlah. Lepas tu tiba-tiba je terbau busuk yang amat sangat. Budak tu boleh pulak cakap “Bau apa ni bos, bos kentut ke. Eh, ni macam bau bangkai. Ah sudah, dia main tumpang-tumpang pulak”. Aku pun terus pasang bacaan Al-Quran sambil menyumpah seranah budak tu. Tobat aku tak bawak lagi dia pergi Paka. Mulut takde insurans.”

Ada banyak lagi cerita-cerita lain yang dikatakan berlaku di LPT2 ni tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab aku tak dengar dari orang yang mengalaminya sendiri. Lima cerita di atas diceritakan terus dari orang yang mengalami kejadian-kejadian tersebut. Selain itu, jika diperhatikan, kebanyakan kemalangan maut yang berlaku di LPT 2 terjadi di kawasan yang lebih kurang sama. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang beralun dan mungkin juga sebab terdapat gangguan makhluk Allah yang kita tidak nampak. Ingatlah, makhluk itu juga makhluk Allah dan sebaik-baik mereka adalah sejahat-jahat manusia. Sentiasalah berzikir dan mengingati Allah setiap masa. Insya Allah , kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan malaikatNya walau di mana kita berada.
P/S : Satu nasihat, kalau bawak isteri dalam pantang atau ada anak-anak kecil, seboleh-bolehnya elakkan dari menggunakan LPT 2 di waktu maghrib atau tengah malam. Rancang perjalanan anda supaya tidak terlalu lewat ketika sampai di LPT 2. Keluarlah ke jalan pantai bila waktu dah maghrib atau lewat malam sebab bila dah sampai ke LPT 2 tubuh dah semakin letih.

Ketika tubuh letih ni, semakin mudah makhluk-makhluk ni untuk mengganggu. Yang penting sentiasa berzikir mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W insya Allah jiwa kita akan sentiasa kuat dan berupaya melawan apa jua gangguan yang datang.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon