Friday, 30 October 2015

Kisah RM 0.30 Yang Menyentuh Hati Dan Perasaan

Tags

Lahirnya sebuah keluarga mungkin semua antara kita tidak dapat menikmati kemewahan dalam hidup tapi hidup ini perlu diteruskan walau kita tidak mampu melakukan apa-apa selagi bernyawa In sha Allah kita bakal menemui jalan penyelesaiannya. Disini Malaysiaviralstory kongsi satu keratan ringkas atau kisah yang melibat seorang anak murid yang berbekalkan hanya RM 0.30 semasa berada di sekolah. Sama-sama kita baca story adik nie.

Bukan nak mengganggu ketenangan anda semua hanya utk berkongsi.....
Kisah Adik Amin bawa duit RM0.30 ke Sekolah membuatkan Anda Sebak...

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA ....
Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?
Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa.

Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya ..

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja.

"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg..
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan. Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

**mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....betapa mulianya hati seorang pelajar ni ... mulia dan bijak berbelanja lak tu... walaupun masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yg sungguh matang ...........
P/S : Semoga menjadi iktibar dan pengajar buat kita semua..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon