Friday, 30 October 2015

Kisah Parking Tepi Jalan Wakaf Che Yeh Jadi Perhatian

Tags

Wakaf Che Yeh nama yang tidak asing lagi buat pelancong dan juga anak-anak jati kelantan yang suka berkunjung pada lewat malam untuk mencari barang-barang pakaian, makanan, dan lain-lain.

Disini Malaysiaviralstory ada satu gambar yang seorang lelaki ini telah mengambil kesempatan keatas pelanggan yang berkunjung di Wakaf Che Yeh pasar malam yang sangat meriah dan ramai orang kunjungi dimana lelaki tersebut mengena caj bayaran letak tempat kereta dengan nilai RM 2. Walhal tempat tersebut adalah "Free Parking". Ikuti lagi kisah dibawah :-

APA TINDAKAN KITA?
Hari ini dalam sejarah. Di Kelantan pula!

Malam tadi excited nak bawa keluarga ke Wakaf Che Yeh. Jalan-jalan sambil tengok barang yang dijual.

Sampai di sekitar Wakaf Che Yeh jam 11malam. Pusing-pusing cari parking, dapat satu parking seberang MCd depan bank.

Dah siap parking dan anak-anak pun dah keluar dari kereta. Datang seorang lelaki minta duit, katanya duit parking di situ.

"eh sini kenapa pula kena bayar?" tanya saya.

"kena bayar rm2" selamba dia jawab.

Saya terus panggil isteri dan anak-anak masuk dalam kereta balik.

Kecekkk!! Bunyi ambil gambar. Saya menyuruh isteri, Ambil gambar lelaki tersebut.

Lelaki tadi perasan, dan terus meluru ke arah kami. Marah-marah dan ugut kami.

Saya tunjukkan tanda bagus. Kemudian buka cermin kereta "nak masuk FB, popular nanti. kasi viral." Saja melayan emosi lelaki tadi.

Saya bukan kisah pasal Rm2. Tapi saya sangat kisah apabila kita yang ada hak untuk memilih sama ada menerima penipuan mereka atau tidak, dan kita memilih membayar dengan alasan "takpelah rm2 je kot".
Sendiket penipuan parking di kawasan tarikan pelancongan tidak akan berleluasa jika kita sebagai rakyat, pengguna dan orang yang punyai hak, bertindak dengan tidak melayan dan tidak membayar mereka.

Pihak majlis perbandaran Kota Bharu dan kawasan lain perlu berkeras dalam isu ini. Mereka ini adaalah parasit dan perosak imej.

Ya memang banyak isu kelantan. Tidak habis-habis dari bergaduh sampailah ke parking kereta! Serambi Makkah ini perlu diubah imejnya.

Imej dari kebersihan, susun atur rumah dan isu moral. Apalah guna program ilmu yang banyak tetapi tidak tahu menjaga kebersihan dan kecantikan tempat.

Jangan nanti orang luar cakap "ini serambi mekah ke sampah?"

Ya, ini luahan dari orang luar . Orang luar yang memerhati dan menilai. Jangan terlebih selesa dengan status quo yang ada.

Pss: saya sudah emelkan perkara ini ke
KotaBharu@mpkb.gov.my
P/S : Ada baik juga tindakan brother nie untuk mengurangkan gejala ulat parking di Wakaf Che Yeh

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon