Wednesday, 14 October 2015

Kisah Lelaki Cina Ambil Wanita Melayu Jadikan Anak Angkat

Tags

Terlalu banyak unsur racist dilanda di Malaysia sekarang dimana berlaku perkauman antara satu sama lain. Kisah yang akan kami kongsikan ini menunjukkan bagaimana kita yang berbeza dari segi agama, bangsa dan budaya boleh hidup dengan aman damai dan harmoni, seperti sebuah keluarga besar. Kita telah berada sebumbung tak salah untuk kita saling bantu membantu. AL-KISAH BERMULA...
Usaha Stanley ini wajar dipuji kerana walaupun datang dari keluarga yang berlainan serta berbeza bangsa dan agama, dia menggalas tugas untuk menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab dalam membesarkan dan menyediakan segala keperluan serta kewangan terhadap anak angkatnya.

Kini Hayati...
Kisah yang dikongsikan oleh Stanley ini mendapat perhatian dan reaksi postitif rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, statusnya telah mendapat sebanyak lebih dari 200 perkongsian oleh pengguna laman sosial.

Stanley yang merupakan seorang penyelam marin profesional dan juruterbang persendirian telah kehilangan kedua ibu-bapanya ketika usianya masih kecil lagi dan beliau dibesarkan di rumah anak-anak yatim.

Semoga kisah yang dikongsikan oleh saudara Stanley ini dapat memberi semangat dan perangsang kepada kita agar terus berfikiran positif dan hidup saling bantu-membantu sesama kita, rakyat Malaysia.
Sumber dari Stanley Yeong

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon