Tuesday, 13 October 2015

Kenapa Gadis 'Pasir Mas' Jadi Perhatian ?

Tags

Kenapa? Ada apa yang terlalu istimewa pada gadis Pasir Mas ni sampai menjadi rebutan lelaki diluar sana. Pasti ada sebab dan puncanya.

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Melalui perbualan orang tua-tua bukan semua gadis dari Pasir Mas cantik seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Penduduk dikawasan tepi sungai Kelantan di Pasir Mas meliputi kawasan Salor, Pengkalan Batu, Pengkalan Pasir dan beberapa kawasan di sekitar tebing sungai Kelantan yang mempunyai paras rupa yang cantik.

Ini kerana, penduduk dikawasan ini terkenal dengan perkahwinan campur khususnya dari Arab, Pakistan dan Siam. Pada asalnya, cerita gadis cantik dari Pasir Mas ini hanya tersebar mulut ke mulut di semua daerah Kelantan sahaja.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Antara artis yang berasal dari Pasir Mas adalah Neelofa yang kini popular di Malaysia.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

KELEBIHAN GADIS PASIR MAS
KISAH DONGENG ?
P/S : Memang betul apa yang menjadi bualan orang diluar sana, Gadis-gadis Pasir Mas memey comey senghoti..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon