Saturday, 17 October 2015

Johor Darul Takzim Pasukan Malaysia Pertama Cipta Sejarah Layak Ke Final Piala AFC

Tags

Tidak hairan dengan kesungguhan yang dimiliki oleh pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim mewakili untuk negara Malaysia di Piala AFC kini berada di pentas Final.

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah apabila menjadi pasukan bola sepak pertama dari Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC.

Laman rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers berkata, JDT mara ke peringkat akhir AFC 2015 selepas diberi kemenangan percuma untuk perlawanan dengan Al-Qadsia SC.

“JDT dijadualkan menentang pasukan Al-Qadsia SC di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru pada 20 Oktober ini untuk perlawanan pusingan kedua peringkat separuh akhir Piala AFC 2015.
“Namun akibat masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Kuwait menyebabkan pasukan-pasukan daripada negara itu dihalang oleh badan induk bola sepak dunia FIFA terlibat dalam kejohanan antarabangsa.

“Justeru, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhir Piala AFC 2015 bertemu pasukan FC Istiklol dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31 Oktober ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut JDT, peluang itu dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan JDT melakar satu lagi sejarah dalam sukan bola sepak Johor.

P/S : Nice Performance JDT membanggakan bola sepak tanah air tetapi Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) masih terumbang-ambing...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon