Monday, 26 October 2015

Jawapan Nik Abduh Tidak Bangun Bersama Mengangkat Plakad "Mana RM 2.6 Bilion ?"

Tags

Dek kerana majoriti parti pembangkang mengangkat plakad yang bertulis "Mana RM 2.6 Bilion ?" banyak pihak yang tertanya kenapa beliau tidak melakukan sedemikian.

Berikutan mendapat kritikan kerana tindakannya tidak menyertai majoriti Ahli Parlimen pembangkang yang bangun bersama plakad "Dimana RM2.6 billion" di dalam Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz tampil memberi jawapan.
Nik Abduh menjawab kritikan itu di dalam akaun Facebooknya.
"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana 2.6B?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji PM sambil angkat buku bajet.

Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya. Saya protes BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat.

Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah.
Pada Jumaat lalu, setelah selesai sesi pembentangan Bajet 2016 sedikit kecoh apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang bangun bersama plakad "Mana RM2.6 Billion?".

Namun, persoalan timbul apabila Nik Mohamad Abduh dan Nasraudin Hassan dilihat tidak bangun dan mengangkat sepanduk tersebut sebagai tanda protes.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon