Thursday, 15 October 2015

Jawapan Graduan Melayu Sebab Kenapa Tidak Mahu Kembali Ke Malaysia

Tags

Dengan kemelesetan ekonomi yang sangat teruk pada negara Malaysia akan ada individu yang beralih angin untuk berhijrah dan menetap di negara lain yang pesat membangun. Bukan untuk melepaskan apa-apa yang terjadi pada negara sendiri tetapi hanya untuk mencari kesenangan di hari kelak. Disini malaysiaviralstory selitkan satu kisah Graduan yang baru sahaja menghabiskan pelajarannya di luar negara. Apa jawapannya ?

Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku ‘lupa daratan’ , ‘tak rindu keluarga’ , ‘lupa kawan’ , ‘bajet da jadi org jepun’ , ‘duk negara maju dah tak pandang kampung’ etc..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :-
APA LAGI...
SELEPAS ITU...
DAN....
SETERUSNYA....
DAN TAK PERLU RISAU...
Tu baru sikit, nak bagi semua situasi memang takkan habis nak ditulis. Pernah ada yg kata kt aku malaysian2 yg taknak balik & memilih nak duk lama tempat orang ni dorg dah lupakan negara sendiri, atau alasan lain yg masuk akal sikit sebab nk menikmati keseronokan 4 musim. Sebenarnya pada aku bukanlah benda tu yg buat kami perantau2 ni taknak balik ke tanah air, tapi segala-galanya soal keamanan, kesejahteraan & kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Kalau di Malaysia sekarang situasi sangat tenat esp politik, ekonomi, jenayah..tak hairanlah mereka2 ni nk kena halau dulu baru pandai nak balik.

Aku kalau diberi pilihan aku pilih untuk stay selama yg boleh kat negara matahari terbit ni bukan sebab aku tak rindukan Malaysia, bukan sebab tak rindukan keluarga, bukan sebab lupakan member, tapi sebab hidup di Malaysia tanah air sendiri sekarang ni ibarat warga asing yg di anaktirikan kerajaan, sangat membebankan, bermacam masalah. Pun begitu, aku terpaksa balik jugak tahun depan. Malaysia pada aku walaupun tanpa 4 musim, kalau kehidupannya seharmoni waktu kecilku dulu, pemimpinnya yg sepandai Tun Mahathir memerintah dulu, pastinya lagi indah didiami berbanding Jepun tanah yang aku pijak sekarang ni !

P/S : SALUTE brother nie yang berani membuka mata rakyat Malaysia....

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon