Thursday, 15 October 2015

Isteri Kongsi Sifat Sebenar Ajak Shiro Apabila Bersama Keluarga

Tags

Bukan semua pasangan yang saling memahami dan selalu membantu antara satu sama lain. Mungkin korang kenal dengan artis lawak yang berasal dari Johor. Sikap yang ditunjukkan oleh beliau sangat dipuji dan diterima oleh masyarakat dan juga jadi perhatian di laman sosial baru-baru ini.

Kita selalu melihat aksi ajak Shiro di kaca tv dengan aksinya yang mencuit hati dan tidak kurang juga dengan lakonan-lakonannya dalam drama yang memegang pelbagai watak.

Tapi tahukan kita bagaimana perangai sebenar pelawak terkenal ini dirumah bersama keluarga.

Isteri kepada pelawak ini, Afifah Amin telah mendedahkan sikap sebenar suaminya ini yang sungguh penyayang dan banyak menghabiskan waktu bersama keluarga.
Luahan hati yang cukup sweet ini didedahkan Afifah di dalam laman Instagramnya bersama sekeping gambar menunjukkan Ajak sedang memangku anak bongsu mereka, Nada Soffea sambil makan dan menyusu anak dalam satu masa.

Berikut adalah kepsyen yang ditulis Afifah bersama gambar,
Romantikkan pasangan suami isteri ini, ia menunjukkan betapa dalamnya cinta Ajak terhadap dirinya dan jugak anak-anak mereka.

Malah, luahan hati Afifah yang menyatakan "syukur kepada Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini" menunjukkan betapa dia rasa bertuahnya dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Sementara itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan-ucapan sweet peminat Ajak yang mendoakan kebahagiaanya mereka sekeluarga.

P/S : Kami di malaysiaviralstory mendoakan pasangan ini kekal bersama dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon