Sunday, 11 October 2015

Harga Baru Ganti IC Kad Pengenalan Hilang Mulai 15 Oktober 2015

Tags

Untuk makluman anda semua disini kami ingin kongsikan satu info penting buat pemilik mykad atau kad pengenalan bagi yang menetap di negara Malaysia.

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius terhadap kecuaian individu yang menghilangkan kad pengenalan samaada dengan sengaja atau cuai. Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2015, denda RM100 jika pertama kali manakala RM300 bagi kali kedua, RM1000 kali ketiga dan seterusnya.

Harga Ganti IC Kad Pengenalan Hilang Mulai 15 Oktober 2015

Pertama Kali: RM100
Kedua Kali: RM300
Ketiga Kali: RM1000

Cara Ganti Kad Pengenalan Hilang
1. Segera buat laporan polis

2. Hadirkan diri ke JPN dan bawa salinan laporan polis

3. Anda akan diberikan resit kad pengenalan sementara sebelum kad pengenalan sebenar siap.

P/S : So hati-hati buat pemilik mykad. RM 1000 bukan nilai yang kecil.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon