Thursday, 15 October 2015

Gambar Sekeping Biskut Dilelong Dengan Harga RM 64 Ribu ?

Tags

Macam tak logik difikiran kan tapi ia adalah realiti dan bukan fantasi.. Sekeping biskut ini akan dilelong dengan harga RM64 Ribu. Tapi apa keistimewaannya yang ada pada biskut sebegini rupa ?

Untuk pengetahuan anda yang masih tertanya-tanya, biskut keping tersebut didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal terkenal, Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

Menurut laporan, biskut itu telah disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang digunakan untuk membantu ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa Kapal Titanic karam di perairan Lautan Atlantik.

Penumpang yang dikenali sebagai, James Fenwick dipercayai telah menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem jenama Kodak berserta nota yang tertulis ‘Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912‘.

Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan bakal dilelongkan melalui firma Henry Aldridge & Son di Devices pada 24 Oktober nanti.

P/S : Mahal dek kerana sejarah yang terjadi pada Kapal Titanic..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon