Friday, 23 October 2015

Gambar Keadaan Paru-Paru Lelaki Hisap Vape Selama 4 Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca malaysiaviralstory dimana kami ingin kongsi proses atau tindak balas yang mengejut salah seorang perokok tegar yang telah beralih ke e-cigarette lebih dikenali Vapor.

Apa yang mengejutkan? Bila dilihat pada x-ray badan bekas perokok tegar ia amatlah sangat-sangat baik disebabkan berhenti dari merokok. Adakah Vapor salah satu produk yang membantu. Anda tahu jawapannya.

Pengakuan Lelaki ini
Merokok dari form3..
Umur sekarang dah 27 tahun..
Start vape 4bulan lepas (tak sentuh rokok dari start vape)
Persoalan adakah penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau benar-benar dapat membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih menjadi perdebatan para saintis dan pakar perubatan sedunia.

Namun beberapa kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai ‘vaping.’

Kajian dikendalikan pakar kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat bagaimana alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi sebenar.

Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk “Addiction” mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan “ekstrem”.
Flavour dibuat dengan apa ??
Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia perisa.

Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan.

Kajian Farsalinos mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering atau “dry puff.”

“Namun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok, sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap ‘vape‘ dalam keadaan berkenaan,” katanya.
P/S : Biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon