Wednesday, 14 October 2015

Gambar Jelas "Hantu" Dalam Kereta Kemalangan Jadi Viral

Tags

Disebalik kejadian kemalangan yang melibatkan duah buah kereta di jalan raya ada sesuatu yang tidak diduga dan memeranjatkan ramai pihak apabila ada satu entiti yang tidak dikenali di dalam satu gambar.

Sekeping gambar menunjukkan satu kemalangan maut tersebar dan menjadi viral di media sosial baru-baru menarik perhatian ramai pengguna kerana imej yang menakutkan.

Gambar yang dimuat naik ke Facebook Pencari Entiti Crew pada Jumaat lalu, memaparkan gambar satu kemalangan di mana pihak polis dan pasukan keselamatan kelihatan sedang bertugas di tempat kejadian.

Yang anehnya, seorang 'gadis' kelihatan muncul di tempat duduk pemandu dalam salah satu kereta yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut yang seolah-olah sedang 'memperhatikan' sesuatu.

Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh seorang saksi di tempat kejadian.

Gambar yang tersebar di media sosial telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pelayar di mana ada yang takut malah, ada juga mempersoalkan keaslian gambar tersebut.Namun begitu, tempat kejadian tidak dapat dikenalpasti.

P/S : Seram tengok gambar nie...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon