Saturday, 17 October 2015

Gambar Dan Ucapan Wakil Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Di Himpunan Fastaqim 60k

Tags

ALLAHUAKHBAR !!Bersyukur atas limpah kurniaan Allah SWT. Himpunan Fastaqim telah pun melabuhkan tirai dengan jayanya. Pada perhimpunan tadi seramai 60 ribu peserta telah mengambil penyertaan untuk menuntut keadilan dan juga memberi tentangan kepada parti lain.

Sekitar Gambar Himpunan Fastaqim 60k (HF60K)
PETIKAN UCAPAN WAKIL DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) DI HIMPUNAN FASTAQIM 60K

1 - "PAS tetap tidak melupakan orang bukan islam dalam keadaan PAS sendiri berkeadaan tidak berapa tenang akhir-akhiri ini. PAS tetap mndapat sokongan yg tidak berbelah bagi."

2 - "Hanya segelintir yang lari. Puluhan ataupun ratusan ribu yang hadir pada malam ini, telah pun membuktikan PAS bukan parti kampungan. Malam ini juga telah membuktikan PAS bukan untuk Islam sahaja bahkan untuk semua termasuklah bukan Islam."

3 - "Konflik yang berlaku, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetap istiqamah brsama PAS. Kami akan tetap Istiqamah hingga terbit cahaya kemenangan Islam bersama PAS."

4 - "Kami akan terus bersama PAS selamanya. Biar kami dilihat hairan oleh Islam itu sendiri kerana kami bersama PAS."

5 - "Tidak ada harapan bagi kami melainkan ingin melihat Presiden PAS akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-14. Kami tidak sabar untuk melihat Presiden PAS untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia."

6 - "Kami akan pastikan orang bukan muslim akan bersama menyokong PAS. Biar PAS dapat buktikan yang mampu membuatkan orang bukan Islam akan bersama Islam."

7 - "Kami akan sentiasa menyokong perjuangan PAS. Kami tidak akan berdiam dan akan terus berjuang."

DR BALASUBRAMANIAM

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

‪#‎Fastaqim‬
‪#‎BeristiqamahHinggaKemenangan‬
‪#‎BangkitBersamaIslam‬

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon