Wednesday, 28 October 2015

7 Cara Mudah Kenalpasti Seseorang Berkata Jujur Atau Bohong

Tags

Dalam hidup ini usahlah kita menipu atau berbohong pada orang yang selalu kita berhubung dan juga berkawan. Mungkin ini akan memecah belahkan lagi perhubungan antara satu sama lain. Beberapa orang memiliki kemampuan untuk menipu orang lain dengan mudah. Namun, saat seseorang berbohong, biasanya dapat dilihat dari fiziknya. Salah satunya adalah dengan mengamati mata lawan bicara anda.

Mengapa demikian?

Ketika menjawab pertanyaan dan bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri kemungkinan jawapannya jujur. Sedangkan bila bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong.

Hal ini kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreativiti. Maka bila bola mata ke kiri, bererti dia berusaha mengingat sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan bererti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. Hal ini kerana bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang suatu cerita bohong.

Ciri fizik lainnya ketika seseorang sedang berbohong antara lain:-
1. Badan berkeringat.
2. Nafas mulai berat.
3. Nada suara berbeza seperti meninggi atau monoton.
4. Badan dan wajah terlihat kaku khususnya bahagian dahi dan bibir.
5. Tangan banyak bergerak misalnya memegang sesuatu, saling menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung, atau menutup mulut.
6. Si pembohong tanpa disedari akan meletakkan benda-benda seperti cangkir, kertas pencil atau yang lain sebagai pembatas.
7. Cuba ubah topik pembicaraan, jika tindakannya terlihat lega, bererti ia sedang berbohong. Namun jika ia mengembalikan ke topik semula, bererti ia sedang berkata jujur.
P/S : Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon