Monday, 19 October 2015

6 GAMBAR Kereta Dilenyek Dengan Bas

Tags

Bukit Mertajam, 16 Okt: Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera apabila sebuah bas melanggar kereta terbabit dari belakang yang menyebabkan kereta itu merempuh kereta di depan.

Kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki itu 'lenyek' teruk dan menyebabkan kedua-dua mereka tersepit.

Kejadian dilaporkan berlaku di Plaza Tol Juru, arah utara, Bukit Bertajam jam 6 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Peguasa Bomba Kanak II, Ismail Nor, pihak bomba tiba di tempat kejadian pada jam 6.12 petang sebelum mengeluarkan mangsa.

Antara Gambar Kereta Dilenyek Dengan Bas
Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dirawat,” katanya.

P/S : Takut melihat keadaan kereta tersebut.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon