Saturday, 17 October 2015

10 GAMBAR Trak Mack Milik Sultan Johor

Kami sangat respect pada pemerintahan Sultan Johor nie, biarpun dengan kemewahan yang ada tetapi tidak pernah mengabaikan kebajikan dan kemiskinan rakyatnya sendiri.Disini kami kongsikan bersama pembaca malaysiaviralstory beberapa gambar trak terbaru milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menggemparkan Malaysia apabila berjaya memiliki sebuah trak mewah dengan harga RM1.5 juta dan diiktiraf sebagai trak paling termahal dan mewah didunia. Dilihat dari rekaan trak Mack, saling tidak tumpah dengan rekaan trak Optimus Prime seperti dalam Filem Transformers. Trak Mack turut digelar “istana” oleh Sultan Johor.

Info Trak Mack Milik Sultan Johor

Harga: RM1.5 Juta ( $481,000 Dolar Australia (RM1,467,618)

Buatan: Brisbane, Australia

Jenama: Mack Truck Australia

Rekaan: Custom Made hanya untuk Sultan Johor

Kategori: Trak Super-Liner

Spesifikasi: Dilengkapi enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas. Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas.Turut dilengkapi dengan sistem hiburan seperti Permainan video Playstation dan Xbox One.

Rekod: Trak Mack milik Sultan Johor telah disahkan trak paling mahal di dunia.

Fakta Mengenai Pembinaan Trak Mac Milik Sultan Johor
Sultan Johor difahamkan telah menempah Trak Mack di Brisbane Australia pada lebih kurang setahun lalu. Pembinaan trak mewah ini memakan masa selama setahun dengan menggunakan lebih 30 tenaga kerja dan lebih 5,000 masa bekerja.
Foto Trak Mack milik Sultan Johor yang ditempah Sultan setahun lalu dan mengambil masa setahun untuk siap sepenuhnya.

Gambar Trak Mack Milik Sultan Johor
P/S : Like Transformer....

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon