Friday, 30 October 2015

10 GAMBAR Atikah Suhaime Yang Super Cute

Tags

KINI menjadi sebutan artis yang baru meningkat naik ini iaitu Atikah Suhaime dimana tersenarai dalam TOP 5 ABPBH2014 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Nak juga tahu gerangan pelakon manakah yang membuat kejutan ini. Untuk makluman, nama Atikah telah tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular pada ABPBH2013.
Comelkan orangnya? Atikah Suhaime berasal dari Singapura dan merupakan artis di bawah naungan MIG. Filem lakonannya yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini ialah Gudang Kubur.
Sementara drama yang mempopularkan dirinya ialah drama Bila Hati Berbicara yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3. Atikah dilahirkan pada 15 Mac 1991 dan kini berusia 24 tahun. Muda sangat-sangat lagi.

Buat masa ini Atikah Suhaime masih single dan tiada kekasih walaupun ada desas-desus hubungan rapat dengan seorang juruterbang. Semoga Atikah akan berjaya merangkul kemenangan di dalam kategori yang tercalon kali ini.

Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P/S : Bergetar tulang rusuk kiri penulis...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon