Tuesday, 6 June 2017

‘Masalahnya bang, dia tiba-tiba bodohkan saya’


JOHOR BAHRU, JOHOR - Hanya kerana pintu, viral rakaman video seorang wanita yang memaki hamun penunggang motosikal yang didakwa telah menghalang laluan masuknya ke dalam premis stesen minyak.

Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Shell Jalan Yahya Al Dattar, Bukit Senyum, Effendiey Ismail, mendakwa dia telah dibodohkan oleh wanita berkenaan.

"Makcik itu tak puas hati dengan saya sebab dia kata saya menghalang laluannya keluar. Kalau ye pun saya bersalah, cakaplah baik-baik.

"Serius saya terkejut dan saya kata pintu ada dua. Dia seperti tidak boleh menerima kenyataan dan boleh pula dia 'bodohkan' saya sepanjang jalan nak ke kereta.

"Ingatkan dah habis, masa saya nak ke motosikal, dia boleh berhenti memarahi saya. Semakin saya mendiamkan diri, semakin 'menjual' makcik ini. Siap nak ambil nombor motosikal bagai," katanya.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan, Effendiey menceritakan semula bagaimana kejadian itu berlaku sambil diperhatikan beberapa pelanggan Shell yang lain.
Bagaimanapun, wanita itu terus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya sambil dirakam rakannya. Penumpang di belakang cuba menasihatkan Effendiey untuk tidak memanjangkan kes tersebut, namun Effendiey menegaskan dia tidak bersalah dan dibodohkan oleh wanita berkenaan.

Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal mereka dengan apa yang berlaku.
"Baru seminggu lebih berpuasa, banyak pula kes-kes yang berlaku. Berebut parking sampai selipar terbanglah, bergaduh di bazaar ramadhan sebab hal kecil dan banyak lagi. Di mana kesabaran kita? Ini kan bulan puasa, tolong kawal diri dan jangan malukan agama kita," kata netizen.

Sunday, 26 February 2017

Patutlah rumah Bumiputera di Johor ‘cepat’ habis

Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.


Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

 “Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal. “Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” katanya di sini, hari ini.
Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.
Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.


Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.
Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

 “Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,”€ katanya.

Sumber: HMetro

Thursday, 23 February 2017

Anak Mengamuk & Meracauu Selepas Makcik Itu Dukung, Rupanya Dia Lepaskan 'SAKA' Pada Anak Kami

Assalamualaikum Acik, maaf menganggu malam ini. Tetapi hati ini rasa tak puas selagi tak cerita dan tak kongsi dengan Acik. Kalau Acik rasa perkara ini serius, Acik boleh tolong postkan tetapi hide nama saya ye Acik.

Kisah ini berlaku pagi tadi semasa saya membawa anak check di hospital (lokasi sebenar tidak didedahkan). Acik tahulah kan di situ memang ramai orang. Dah ambil nombor giliran, kami nampak kerusi kosong, terus duduk.

Anak yang berusia 2 tahun kena scan, jadi doktor cadang makan ubat tidur untuk senang doktor nak periksa. Selepas makan ubat tidur, saya dan suami duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan seorang makcik ini dan makcik itu pun berkenalan dengan saya. Macam-macam yang dia tanya termasuk hal peribadi. Rasa menyampah pun, tetapi disebabkan tiada kerusi kosong yang lain, terpaksa juga duduk di situ dan melayan makcik janda anak dua orang itu.

Selepas makan ubat, anak dah hampir tertidur sambil didukung oleh suami. Tiba-tiba makcik itu berdiri dan terus merampas anak dari tangan suami kononnya nak memujuk. Tercengang kami dibuatnya sebab tidak pernah orang rampas anak kami seperti itu. Suami saya ini pula jenis peramah dan berikan saja kepada makcik itu.

Saya beritahu suami agar dia mengekori makcik itu. Saya ternampak mulut makcik itu terkumat kamit membaca sesuatu kemudian dihembus di kepala anak kami. Saya dah mula rasa tak sedap hati.
Masa dia bagi anak pada suami, saya tengok muka dan mata makcik itu lain.

Saya perasan bila saya tenung dia, dia buat-buat tengok telefon. Selepas itu anak saya mengamuk teruk dan meracau-racau dalam hospital. Kami pun kalah, memang kuat kudrat dia. Macam tak percaya sebab anak kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Doktor terpaksa beri ubat tidur untuk kali kedua. Itupun anak masih mengamuk sehinggalah dia tertidur sendiri.

Dalam perjalanan pulang, saya ajak suami singgah di Pusat Perubatan Islam (PPI). Saya ceritakan semua pada ustaz PPI. Selepas anak dirawat, ustaz cakap ada 'benda' ikut anak dan 'benda' itu bertuan, macam saka. Nak menangis bila saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Betullah naluri kami, sebab anak kami tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

Yang paling menyakitkan hati bila anak saya dah meracau dan mengamuk, makcik itu tak ada pula nak pujuk. Dia buat tak tahu saja, kemudian buat-buat tanya kenapa anak jadi begitu.
Manusia rambut sama hitam tapi hati ada yang jahat.

Cara macam itu pun boleh nak lepaskan 'belaan'. Kalau masa dapat diputarkan, memang kena makcik itu. Geram, kasihan pada anak. Alhamdulillah anak pun dah okey. Ustaz itu kata, mujur kami bawa anak berubat dengan kadar segera.




Selepas hati kena berhati-hati jika ada orang tegur. Jangan pandang mata mereka sewaktu bersembang.

Dikongsi Oleh : Nurul Kasmadillawati Zakaria

Wednesday, 22 February 2017

'Kami beli kenderaan Proton sebab sokong Kereta keluaran Negara Islam' - Pemuda Kelab Proton Turki

TURKI - Walaupun sukar mendapatkan alat ganti kereta buatan Malaysia ini, namun ia bukanlah halangan bagi pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki.

Muhamad Nur Thaqib Shaker, pelajar Malaysia di Turki, Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan MASAT berkongsi pengalamannya pernah ternampak beberapa kereta Proton model lama yang masih menyelusuri jalan raya di negara itu seperti Proton Waja, Saga dan terdapat juga Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul.

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat Kelab Proton Turki yang ditubuhkan bagi menghimpunkan para pengguna dan pencinta kenderaan Proton.

Muhamad tidak melepaskan peluang untuk mendekati kumpulan ini dan ingin mengetahui mengapa kereta Proton menjadi pilihan mereka.

"Kebanyakannya mengatakan sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah.

"Dari segi aspek keseluruhan, mereka mengakui bahawa ia sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan. Namun mereka berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta PRoton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya," tulis Muhamad.

Bagi seorang pemuda Turki yang berusia 19 tahun dari Istanbul ini, Hami Akyuz, merupakan peminat tegar jenama Proton telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton semenjak 8 tahun dan masih setia bersama jenama Proton.

"Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia ini juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi," ujarnya.

Okan, 33 juga berasal dari Istanbul, mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Bagi Okan yang pernah bekerja dalam sektor kenderaan dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta lain, Proton dianggap sebagai antara otomobil yang berkualiti tinggi.
"Proton mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain. Sekiranya dilihat pada harganya yang berpatutan dan sememangnya merupakan salah sebuah kenderaan yang terbaik.

"Saya harap Malaysia terus berjaya dan saya meminta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menerus menyokong kenderaan ini," katanya.

Difahamkan, Proton pernah dibawa masuk ke pasaran negara itu seawal tahun 1993 dengan jenama Proton Wira. Tetapi hanya empat buah sahaja untuk pertunjukan kereta. Sekitar lima unit Proton dihantar ke Turki untuk percubaan kali pertama pada 1994 di bawah kendalian Ortaklar Motor.
Kemudian Proton kembali masuk ke pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian JetPA tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah.

Pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk ke Turki di bawah Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini

Sunday, 12 February 2017

Jangan pandang serong pada wanita yang 'bunting pelamin' kononnya mereka hamil sebelum bernikah


"Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu," kata doktor. 

"Tetapi doktor, kami baru berkahwin 4 minggu yang lalu. Apa orang lain akan kata nanti?" soal pasangan berkenaan.

Pasangan ini bernikah dan naik pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya Cina yang lalu. Empat minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017, pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu. Apa yang terjadi sebenarnya? 

Bunting pelamin adalah 'misnomer'. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai. 

Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu, namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu. Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tahu. Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, jangan bimbang atau malu kerana mereka dengan secara sengaja telah menunjukkan kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka. 

Saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku. Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikhr Last Menstrual Period (LMP) dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir. LMP ialah hari pertama haid bermula. 

CONTOH: 

14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah) 
  • Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.
28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)
  • Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh 'hidup' 3-7 hari di dalam rahim untuk 'bersaing' mempersenyawakan ovum yang akan 'luput' selepas tempoh tersebut. 

28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)
  • Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas 'missed period' atau tidak datang haid selama 1-2 minggu dan ini akan 'trigger' pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama. 

28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)
  • Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku. 

LMP 14 Januari 2017
  • maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari (usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pada hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh. 

Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound. 

Namun apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan. 

Contohnya selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu dua minggu lagi kononnya mereka tahu tentang ini. Sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi. 

Akhir sekali, jangan pandang serong pada individu yang bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri. 

Dikongsi Oleh Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Wednesday, 26 October 2016

Gambar Ezaidi Aziz Yang Kacak Buat Wanita Cair Meleleh

Nama Ezaidi Aziz ini memang agak asing bagi semua orang.. Dia merupakan Model Sambilan Dan bukanlah pelakon dan sebagainya. Namun dengan mimiliki wajah kacak dan bergaya tak mustahil dia mungkin akan menjadi popular berbekalkan wajah kacaknya..

Siapa Sebenarnya Ezaidi Aziz?

Just an ordinary guy
Itulah pengakuan si Ezaidi Aziz ini. Jom tengok gambar kacak si Ezaidi Aziz ini..
P/S : Boleh tahan...